Saturday, March 26, 2011

Jika Cinta





Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.....


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah....menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. ......
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.......
Akhirnya ia dibuang........
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi......


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah ia manusia biasa.....
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu utk menerimanya ........
Akhirnya kamu.......kecewa dan meninggalkannya....
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yg membawa kebaikan kpd dirimu.  
Menyayangimu.....Mengasihimu.......
Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dgn yg lain. Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya; apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga akan menyesal........



for NNRH :-)

Thursday, March 24, 2011

Kereta Muammar Gaddafi!

Sebagai tokoh penuh kontroversi, mungkin Gaddafi menyedari banyak musuh yang cuba membunuhnya. Itu sebabnya Gaddafi mempunyai kereta paling selamat, dengan designnya yang tersendiri.

Libya mendakwa kereta itu sebagai kereta teraman di dunia, ianya dikenali sebagai Saroukhel-Jamahiriya (roket Libya). Gelaran itu diberikan kerana bentuk badan kereta itu menyerupai roket.

Gaddafi mempunyai kereta ini semenjak tahun Tahun 1992 lagi, namun setelah sebelas tahun barulah beliau mempertontonkan keratanya itu.

Ini kereta dengan lima penumpang dan tenaga kuda V6/230. Ciri-ciri interior jok kulit dan karpet yang khas Libya. Dianggarkan, kereta ini dijual sekitar 2 juta Euro pada tahun 1999 lalu.





Tuesday, March 22, 2011

Allah masih beri alternative kepada setiap laranganNya

Dalam hidup ini, ada banyak benda yang Tuhan dah larang, tapi manusia-manusia degil tetap nak buat gak, apa kes entah?, bodoh ke apa? sedang disebalik larangan Tuhan itu ada macam-macam hikmah, baik dari segi sains atau moral, tapi manusia tetap nak buat gak, sama ada tak takut pada Tuhan atau tak percaya pada Tuhan? Entahlah?

Apapun yang kita kena percaya, hakikatnya, semua orang akan jadi mayat, kalau anda pondan, anda akan jadi mayat pondan..Kalau anda bapuk, anda akan jadi mayat bapuk, dan anda tak mampu mengubahnya!

Kenapa kita masih tak sedar? bahawa di setiap larangan itu, Allah masih bagi alternative kepada setiap laranganNya agar kita dapat berfikir dan buat keputusan yang paling tepat dalam umur yang singkat demi mencapai kebahagiaan pada hari menjelang jadi mayat sebelum dimamah Ulat, sedarkah?…


Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan ayam, ketam, itik, kuda, dan berjuta makanan lain..

Allah larang berzina tapi Allah tak larang nak kahwin satu dua tiga, satu lagi, dua, tiga bla bla bla..

Allah larang main lubang belakang, tapi Allah tak larang main lubang depan, celah peha, celah ketiak, celah buah dada, celah mulut bla bla bla..

Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air tebu, teh tarik, kopi janda, tongkat ali, kacip fatimah, bla bla bla.. 


Allah larang bunuh orang tapi dalam perang boleh bunuh orang…

Allah larang cemburu tapi boleh cemburu pada orang kaya yang bersedekah, boleh cemburu pada orang yang berjuang jalan Allah..

Pendek kata, dalam setiap larangan ada alternative, tapi kita tu lah yang masih bodoh sangat, nak jugak makan babi, nak jugak berzina, nak jugak main belakang, nak jugak mabuk, nak jugak itu ini begitu begini..

Sampai satu tahap, nak ubah kemaluan, nak ubah jantina… lalu salahkan Tuhan kenapa Tuhan jadikan aku lelaki sedang naluri aku perempuan…Macam-macam manusia nie...